KUALA NERUS: Turut berasa sedih dan simpati terhadap tragedi yang menimpa KRI Nanggala 402 di perairan Bali, Indonesia, 10 beradik berpakat membina panjut atau pelita buluh berbentuk rangka kapal selam tersebut di halaman kediaman ibu bapa mereka di Kampung Padang Air dekat Tepoh di sini.
Mohd Khairul Helmi Harun, 34, berkata replika panjut kapal selam sepanjang 20 kaki itu dipasang beliau bersama sembilan adik-beradik yang lain menggunakan 100 buah pelita.
"Walaupun kejadian itu bukan di Malaysia, Indonesia adalah negara jiran kita. Kebetulan ia berlaku pada bulan Ramadan ini. Jadi kami pasang panjut berbentuk kapal selam sebagai tanda rasa simpati kami kepada ahli keluarga kru kapal," katanya ketika ditemui Bernama di Kampung Padang Air dekat Tepoh, di sini semalam.
Pada 25 April lepas, Indonesia mengumumkan KRI Nanggala 402 tenggelam dan semua 53 kru terkorban, selepas kapal selam itu dilaporkan hilang pada 21 April.
Mohd Khairul Helmi berkata beliau bersama adik-beradik yang lain mengambil masa selama tiga hari untuk menyiapkan replika tersebut termasuk mencari buluh yang bersesuaian di hutan, melakar bentuk kapal selam KRI Nanggala 402 sehinggalah memasang sumbu pelita.
Selain replika kapal selam malang itu, adik-beradik kreatif ini turut memasang 300 lagi pelita menghiasi sekeliling halaman rumah ibu bapa mereka yang dinamakan 'Taman Ibunda'.
Selain itu, pintu gerbang, buaian dan beberapa kenderaan antik seperti kereta, vespa dan basikal yang terletak di halaman rumah tersebut turut dihiasi dengan pelita.
"Kami mula pasang pelita secara besar-besaran seperti ini pada bulan puasa tahun lepas. Kebetulan pada waktu itu pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) jadi kami tidak bekerja dan mengisi masa lapang dengan memasang lampu pelita di rumah mak dan ayah (Harun Omar, 75 dan Zainon Ngah, 65).
"Kami ada 12 beradik tetapi dua adik-beradik tinggal di luar Terengganu jadi yang pasang lampu pelita ini hanya kami 10 beradik. Pemasangan lampu pelita ini memang menjadi tradisi keluarga kami sejak dahulu lagi bagi memeriahkan suasana bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri," katanya.
Katanya beliau bersama adik-beradik berkongsi kos keseluruhan pemasangan pelita tersebut iaitu sebanyak RM3,000.
Sejak semua pelita itu dipasang bermula malam Jumaat lepas (7 Mei), Taman Ibunda menjadi tumpuan penduduk terutama yang tinggal di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu untuk melihat sendiri keindahan cahaya pelita dan merakam gambar secara percuma.
"Kami bercadang untuk meneruskan pemasangan lampu pelita ini hingga ke malam raya namun ia bergantung pada situasi semasa ekoran penularan COVID-19. Kami juga harap pengunjung mematuhi SOP (prosedur operasi standard) seperti mengimbas kod QR My Sejahtera dan mengambil suhu badan sebelum memasuki Taman Ibunda," katanya sambil memaklumkan pelita akan dinyalakan selepas solat tarawih hingga tengah malam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 10 2021
Selain replika kapal selam malang itu, adik-beradik kreatif ini turut memasang 300 lagi pelita menghiasi sekeliling halaman rumah ibu bapa mereka yang dinamakan 'Taman Ibunda'. - Foto BERNAMA
Majikan tipu pekerja asing di Pengerang gagal bayar tunggakan gaji, berdepan pendakwaan
Majikan yang didakwa melakukan penipuan terhadap pekerja asing di Pengerang, Johor, didapati masih tidak membuat sebarang pembayaran gaji.
MediaTek umum cip Dimensity 8250 dengan teknologi 4nm
Dimensity 8250 dilengkapi lapan teras CPU dengan konfigurasi 1 x Arm Cortex-A78 3.1GHz, 3 x Arm Cortex-A78 3.0GHz dan 4 x Arm Cortex-A55 2.0GHz.
Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia
Xi berkata hubungan China-Rusia dalam tiga perempat abad lalu memperlihatkan pengukuhan dan pengembangan persahabatan sesama jiran.
Serangan balai polis Ulu Tiram: Bedah siasat dua mangsa, suspek sedang dijalankan
Tinjauan mendapati laluan serta pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, HSI dikawal ketat anggota polis.
Empat individu termasuk wanita Vietnam ditahan terlibat sindiket pinjaman tanpa lesen
Selain wanita warga asing, turut ditahan tiga lelaki tempatan berusia 22 hingga 34 tahun.
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Jangan kongsi maklumat tidak pasti - Fahmi
Orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi memastikan mereka tidak menyebarkan maklumat yang tidak betul.
Jemaah Islamiyah ancaman utama keselamatan Asia Tenggara
JI terkenal kerana terlibat dalam beberapa serangan pengganas besar di rantau ini, termasuk pengeboman kelab malam Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 nyawa, kebanyakannya pelancong asing.
Agenda AWANI: Mentakrifkan semula kejayaan
Apakah strategi Yayasan Peneraju dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam penciptaan nilai dan penguasaan ekonomi dalam sektor baharu?
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Huawei perkenal inovasi terbaharu WATCH FIT 3, Matebook X Pro
Boleh dipadankan dengan kedua-dua peranti iOS dan Android serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari, HUAWEI WATCH FIT 3 memastikan pemakai kekal berhubung dengan lancar.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Peniaga bazar perlu jujur menjual juadah, jaga keberkatan Ramadan
Pernah atau tidak anda membeli makanan basi, atau tertipu dengan imej makanan yang tidak sama dengan dihidangkan di bazar Ramadan?
Laporan siasatan angggota bomba lemas siap lagi dua minggu
Laporan siasatan insiden seorang anggota bomba lemas ketika menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin pada 22 Feb lepas, akan diperoleh dalam tempoh dua minggu.
Jabatan Patologi Hospital di Johor tetapkan SOP lebih ketat, elak rasuah
Hanya segelintir kakitangan Jabatan Patologi termasuk ahli patologi dan pembantu makmal yang sedang disiasat berhubung kes rasuah.
Melaka akan perkenal garis panduan, SOP atasi masalah kekurangan beras tempatan
Ia bagi menyelaraskan semua data bekalan beras tempatan yang akan ke Melaka dan di mana ia diedarkan.
SOP REE yang akan dikeluarkan dapat atasi masalah kecurian - Sanusi
Sanusi berkata prosedur operasi standard (SOP) melibatkan unsur nadir bumi (REE) yang akan dikeluarkan kerajaan dapat mengatasi kecurian hasil mineral itu di seluruh negara.
PRN: KKM syor guna pakai SOP kesihatan pilihan raya sedia ada
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) kesihatan pilihan raya sedia pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Langkah kerajaan kemas kini SOP COVID-19 praktikal - Pakar
Langkah berkenaan juga tepat, susulan pengisytiharan WHO bahawa COVID-19 tidak lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global.
Pelitup muka tak wajib, tapi digalakkan ketika di hospital, pengangkutan awam
Tempoh pengasingan kes disahkan COVID-19 pula dipendekkan daripada tujuh kepada lima hari dari onset gejala pertama, juga berkuat kuasa 5 Julai ini.
Jabatan Perhilitan Selangor nafi zalim, ikut SOP tangkap kera
Perhilitan Selangor nafi laporan yang mendakwa terdapat unsur kezaliman berkaitan pengurusan kawalan konflik kera di Apartment Sunway, Batu Caves.